Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, 27 May 2014 | 05:10

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut kanak-kanak tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.
Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online.
Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat kanak-kanak berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya.
Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika kanak-kanak itu terjatuh.
Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut kanak-kanak itu selepas kanak-kanak itu terjatuh.
“”Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya.
““Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, tanpa mengharapkan apa-apa,” katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ.
Lihat video tersebut dibawah.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor