Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, 22 May 2014 | 19:39

P.Ramlee di zaman kegemilangan beliau
Selama ni aku ingat dia memang diminati dan dipuja ramai hinggalah ke hari kematiannya pada 29 Mei 1973. Rupa rupanya aku silap. Dokumentari di History Channel ni telah merungkai segala galanya, dengan temubual eksklusif dengan ramai rakan rakan seperjuangan beliau seperti Datuk Aziz Sattar, H.M Shah, Mariani & Kuswadinata, dan juga anak anak belia, Nasir dan Sazali(anak angkat).
Di penghujung hayatnya, P.Ramlee telah menjadi miskin, dan dipulau rakan rakannya. Miskin kerana konflik bayaran hasil kreatifnya(dengan Shaw Brother’s) dan beliau makin tidak popular bila irama lagu Pop Yeh Yeh mula masuk ke arena muzik tempatan. Mungkin kerana beliau tetap kekal dengan irama lagu lagunya, dan tidak terikut ikut rentak lagu zaman itu, menyebabkan popularitinya merudum.
Punyalah miskin P.Ramlee hinggakan Aziz Sattar kata bila dia ke rumah P.Ramlee, dia amat sedih melihat P.Ramlee hanya makan nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Ketika kematiannya, dirisaukan juga tiada siapa yang akan datang melawat jenazah beliau, dan risau bagaimana kos urusan pengembumiannya nanti. Nasib baiklah masa tu H.M Shah(pemilik Shah Village’s Hotel yang glamour di PJ tu) menderma RM3000.
Menerusi dokumentari ini juga, barulah aku sedar betapa pemurahnya P.Ramlee. Mariani menceritakan satu insiden dimana ketika itu P.Ramlee bersama sama dengan isterinya, Saloma, didatangi orang meminta tolong(tiada wang). P.Ramlee menyeluk poketnya, dan memang ada RM200 semasa itu, dan diberi semuanya wang itu. Saloma yang terperanjat melihat kejadian ini menegur beliau, tetapi P.Ramlee dengan selamba berkata” tak apa..kita OK..”. Banyak lagi cerita cerita tentang sifat dermawan P.Ramlee yang aku baru tahu lepas tengok dokumentari ni.
Tahun tahun akhir sebelum kematiannya akibat serangan jantung, beliau memang tidak diendahkan. Beliau datang untuk satu show di RTM, tiada siapa yang peduli, jauh sekali untuk sediakan satu show khas dedicated to him. Semasa beliau tiba di satu anugerah flem di Singapura, tempat duduk pun tidak di rezabkan, dan akhirnya beliau duduk dibelakang Aziz Sattar.
Tapi Allah itu Maha Adil, mungkin beliau tidak di hargai semasa hayatnya. Selepas kematiannya, banyak anugerah diperolehinya(post humous) .
Berikut sedikit sebanyak anugerah yang beliau perolehi, baik sebagai anak seni, dan juga anugerah selepas kematiannya.
Filem-filem beliau yang menang anugerah:
Anakku Sazali (My Son Sazali): Best Male Actor,4th Asian Film Festival (Tokyo,1957)
Hang Tuah (Legend of Hang Tuah): Best Musical Score,3rd Asian Film Festival (Hong Kong 1956) and Official screening at the 7th Berlin International Film Festival in 1957.The first and only P.Ramlee movie to be filmed in color.
Ibu Mertuaku (My Mother in-law): Most Versatile Talent,10th Asian Film Festival (Tokyo,1963)
Madu Tiga (Three Wives): Best Comedy,11th Asian Film Festival (Taipei,1964)
Nujum Pak Belalang (Pak Belalang The Fortune Teller): Best Comedy,7th Asian Film Festival (Tokyo,1960)
Pendekar Bujang Lapok (The Three Warrior Bachelors): Best Comedy,6th Asian Film Festival (Kuala Lumpur,1959)
Sumpah Orang Minyak (Curse of The Oily Man): Best Black and White Photography,5th Asian Film Festival (Manila,1958)
Senarai anugerah darjah kebesaran:
Ahli Mangku Negara (AMN),conferred by His Majesty Tuanku Syed Putra Jamalullail in 1962.
Panglima Setia Mahkota (PSM),carrying the title ‘Tan Sri’ by HRH Sultan Azlan Shah in 1990.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak “Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous)” (DA(P)),carrying the title ‘Datuk Amar’ by the Sarawak State Government in 2009.
Hononary Doctorate in Performance Arts,2005
P.Ramlee memang versatile. Beliau berbakat. Lagu lagunya di ‘cetak rompak secara terhormat’ oleh artis zaman sekarang, atas nama diberi nafas baru. Ahmad Nawab berkata dalam dokumentari ini “mana mungkin dan tidak sama hasil hasil lagu P.Ramlee dengan usaha ‘nafas baru’ yang galak dibuat zaman ini “. Lanjutnya beliau berkata ” Kita harus respect dengan hasil seni orang lain, dan tidak diubah ubah”..Aku setuju dengan Dato’ Ahmad Nawab..
Hidupnya penuh kontroversi, sesuai sebagai seorang anak seni. Ayat ayat klise seperti ‘cuma ada satu P.Ramlee’ dan ‘Belum Ada Pengganti P.Ramlee’ memang kerap didengari. Beliau menjadi satu ikon dan hasil hasil kreatif beliau, baik lagu, mahupun filem, dijadikan satu standard. Orang akan berkata ” filem kau tak sehebat filem P.Ramlee”…atau ” lagu lagu zaman sekarang tak akan evergreen macam lagu P.Ramlee”

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor