Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, 17 May 2014 | 16:57

Rambo Bentong Lembik, Menangis Kena Sebat | Mahkamah Tinggi di sini semalam terpaksa menangguhkan perbicaraan ke atas ‘Rambo Bentong’ atau nama sebenarnya Rabidin Satir kerana tertuduh langsung tidak bermaya selepas dijatuhi hukuman 24 sebatan atas beberapa kesalahan rogol dan liwat yang dilakukannya.
Hakim Ab Karim Ab Rahman berkata, mahkamah tidak dapat meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh dan terpaksa menangguhkan keterangan bela diri yang sepatutnya dibuat tertuduh semalam ke 12 Jun depan.
Tertuduh sebelum ini dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja yang berumur 17 tahun lima tahun lalu.
Rabidin, yang dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan diusung pegawai penjara, tetapi hakim terpaksa sekali lagi menangguhkan hukuman kerana tertuduh hanya mampu baring.
Rabidin kelihatan tidak bermaya dan menangis teresak-esak dalam mahkamah.
Rabidin, 43, didakwa membunuh Yin Cheng, antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.

Dakwaan terhadap Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Rabidin, yang tidak bekerja, diwakili peguam Richard Bong Chong Fook, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa.
#Sehingga kini, Rambo Bentong bakal menjalani keseluruhan hukuman penjara sebanyak 115 tahun dan 50 sebatan atas beberapa kesalahan yang dia lakukan…Rambo Bentong mmg ganas…kejamnya dia sampai sanggup mencederakan anggota polis semasa proses menahannya dilakukan.

# (Gambar atas) Anggota polis yg cedera ditetak Rambo Bentong…Bagaimana agaknya keadaan beliau sekarang. Semoga beliau sihat kembali spt biasa.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor