Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, 29 May 2014 | 07:30


HARI Jumaat adalah sebagaimana yang kita tahu amat penuh dengan kebaikan keberkatan. Inilah hari yang paling mulia bagi umat Islam keseluruhannya. Dalamnya penuh dengan rahsia seribu rahmat. Beruntunglah bagi umat Islam yang mengejar kemuliaan hari Jumaat.

Imam Ja’far As-Shadiq s.a. berkata:

” Malam Jumaat dan Hari Jumaat mempunyai hak, maka janganlah sia-siakan kemuliaannya, jangan mengurangi ibadah, dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan amal-amal soleh, tinggalkan semua yang haram. Kerana di dalamnya Allah s.w.t. melipatgandakan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkatkan darjat.

Hari Jumaat sama dengan malamnya, jika kamu mampu, hidupkanlah malam dan siangnya dengan doa dan solat. Kerana di dalamnya Allah s.w.t. mengutuskan para malaikat ke langit dunia untuk melipatgandakan kebaikan dan menghapuskan keburukan. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Luas ampunannya dan Maha Mulia.”

Barangsiapa yang mati diantara matahari tergelincir hari Khamis hingga matahari tergelincir hari Jumaat, Allah s.w.t. melindunginya dari seksaan kubur yang menakutkan.

Jauhilah maksiat pada malam Jumaat, kerana pada malam itu dosa keburukan dilipatgandakan. Barangsiapa meninggalkan maksiat pada malam Jumaat kerana Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan melipatgandakan pahala kebaikannya itu. Allah s.w.t. akan mengampunkan semua dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa melakukan maksiat pada malam Jumaat, Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan semua amalan yang dilakukannya sepanjang umurnya dan melipatgandakan siksanya akibat dosa yang dilakukan itu.

Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

” Sesungguhnya Allah s.w.t. memilih hari Jumaat lalu menjadikan harinya sebagai hari raya dan memilih malamnya sebagai malam raya.
Diantara keistimewaannya adalah orang yang memohon hajatnya kepada Allah Azza Wa Jalla maka Allah s.w.t mengijabahkannya.
Satu bangsa yang sudah layak menerima azab lalu mereka memohon pada malam dan hari Jumaat, Allah s.w.t. pasti akan menyelamatkan mereka darinya.
Tidak ada sesuatu pun yang Allah s.w.t. tentukan dan utamakan kecuali Ia menentukannya pada malam Jumaat. Kerana itu malam Jumaat adalah malam yang paling utama dan harinya adalah hari yang paling utama. ”

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

” Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Di dalamnya Allah Azza Wa Jalla melipatgandakan kebaikan, menghapuskan keburukan, mengangkat darjat, mengijabah doa, menghilangkan duka dan menunaikan segala hajat-hajat yang besar.

Hari Jumaat adalah hari Allah s.w.t. menambah jumlah orang-orang yang dibebaskan dari Neraka.
Tidak ada seorang pun manusia yang memohon perlindungan di dalamnya dan ia mengenal hakNya serta yang diharamkanNya, kecuali Allah s.w.t. berhak membebaskannya dan menyelamatkannya dari Neraka.

Jika ia mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat, ia mati syahid dan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan aman.

Tidak ada seorang pun yang meremehkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mensia-siakannya hakNya, kecuali Allah s.w.t. berhak mencampakkannya ke dalam Api Neraka Jahanam kecuali ia bertaubat. ”

Ini cuma sebahagian kecil yang dapat dicoretkan. Banyak lagi kebaikan dan kerahmatan Hari Jumaat dan malamnya. Inilah antara Kelebihan Malam dan Hari Jumaat Menurut Pandangan Islam.

Sumber: New Malaysian Post
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor