Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, 24 May 2014 | 09:31

Pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine) sangat mengejutkan dan memalukan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Kementerian Kesihatan DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.
Dr. Noor Hisham berkata, ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.
Jakim harus menjawab bagaimana perkara ini boleh terjadi. Jika dengan pengusaha kecil dan sederhana Jakim begitu teliti bukan sahaja setakat kandungan makanan malah ke struktur organisasi sebelum memberi sijil halal, mengapa bagi organisasi besar seperti ini ia lepas begitu mudah.
Namun yang lebih serius ialah tindakan Cadbury Malaysia yang mengambil mudah isu ini melalui kenyataan di ruang facebook syarikat terbabit. Selain hanya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Inggeris, yang bukan bahasa rasmi negara ini, syarikat cuba berdolak dalik mengenai isu ini.
Pihak Cadbury mengumumkan penarikan balik kedua-dua produk terbabit
We at Cadbury would like to respond to the report dispersed by Ministry of Health, Malaysia, earlier today.
We were informed that Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) analyzed by Ministry of Health tested positive for traces of porcine DNA. We have taken immediate action by recalling the products from the above two batches.”
Apakah ini bermaksud mereka menarik balik kedua-dua produk tersebut, atau hanya menarik balik kedua-dua produk terbabit yang dikeluarkan dalam kelompok yang sama iaitu tarikh tamatnya pada 13 Nov 2014 dan 15 Jan 2015.
Memang benar Kementerian Kesihatan hanya menjalankan ujian ke atas Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang dikeluarkan nombor kelompok keluaran 200813M01H I2 dan luput pada 13 NOv 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor kelompok keluaran 221013N01R I1 dan tarikh luput 15 Jan 2015).

Adalah mustahil untuk Cadbury Malaysia menyatakan bahawa hanya Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond kelompok tersebut sahaja ada DNA babi dan bukan kelompok pengeluaran lain bagi jenis yang sama.
Sudah tentu resipi dan bahan yang digunakan oleh Cadbury untuk menghasilkan kedua-dua produk tersebut adalah bahan yang sama biar pun kelompok atau batch yang berlainan.
Cadbury sepatutnya menarik semua produk kedua-dua perasa coklat tersebut selagi tidak ditemui punca kehadiran DNA babi dalam coklat tersebut. Atau paling kurang meletakkan tanda tidak halal kepada semua produk tersebut.
Lebih menyakitkan hati, sehingga kini tiada langsung permohonan maaf atau kesal pihak Cadbury atas insiden ini. Mereka langsung tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini. Bagi mereka isu DNA babi ini hanya isu kecil sahaja.
Bagi umat Islam, inilah masa menghentikan pembelian sebarang produk Cadbury sehingga mereka memulihkan keyakinan kita terhadap keikhlasan dan kejujuran mereka menghasilkan produk halal.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor