Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, 29 May 2014 | 22:20

GambarHiasan

Kamu masih lagi dara apabila kamu belum pernah melakukan persetubuhan. Sesetengah budaya atau agama mahukan seorang gadis itu kekal dara sehinggalah dia kahwin. Apabila kamu mahu terlibat secara seksual, fikirkan mengenai akibatnya dulu.
Ingat, kamu tak mungkin mengundur masa untuk menyesali sebarang keterlanjuran! Ibu bapa dan rakan-rakan kamu pun tak berada dengan kamu sepanjang masa untuk memberi nasihat. Jadi, lebih baiklah kalau kamu memerhati dan mempelajari mengenainya terlebih dahulu.
Bolehkah saya mengetahui sekiranya seseorang itu masih lagi dara?
Nak mengetahuinya bukan semudah memerhatikan seseorang itu berjalan atau perubahan kulit atau moodnya. Dara yang masih belum pecah atau koyak, yang merujuk pada cincin nipis yang menutupi sebahagian dari pembukaan vagina mungkin menunjukkan tanda yang seseorang itu masih lagi dara. Tapi ia tak selalunya betul. Ini kerana selaput dara boleh menjadi elastik dan mungkin masih kekal di situ walaupun seseorang itu sudah melakukan hubungan seks.
Jika saya kekal dara untuk masa yang panjang, adakah ia akan mengganggu tindak balas seksual saya nanti?
Keputusan untuk bila, bagaimana, dengan siapa kamu akan “hilang” dara terletak kepada kamu seorang. Jangan biarkan kamu rasa tertekan. Ingatlah hubungan seks datang dengan banyak tanggungjawab. Sekiranya kamu memutuskan untuk menunggu 5 atau 10 tahun lagi sehinggalah kamu bersedia, tindak balas seksual kamu tidak akan terganggu. Kekalkan tubuh yang sihat dan makan dengan seimbang. Apabila minda dan tubuh kamu bersedia, kamu akan lebih berkeyakinan.
Adakah selaput dara akan terkoyak hanya dengan aktiviti seksual?
Selaput yang menutupi pembukaan vagina kamu mungkin berbeza dari segi ketebalan. Ia tidak akan sama di antara kamu, kakak dan rakan kamu. Bukan sahaja aktiviti seksual yang akan mengoyakkannya. Aktiviti fizikal tertentu seperti berbasikal, penggunaan tampon dan menunggang kuda juga boleh mengakibatkan ia terkoyak.
Kenapakah kehilangan dara itu suatu benda yang sangat penting?
Sama ada ia penting atau tidak, ia bergantung pada tanggapan seseorang itu mengenai pengalaman bagimana dia kehilangan daranya. Kehilangan dara mungkin merupakan tanda besar dalam perhubungan atau ia mungkin dianggap sebagai hadiah di mana seorang wanita itu mahu memberikan pada pasangannya yang dianggap layak. Kehilangan dara juga mungkin meninggalkan kesan mendalam pada seseorang wanita beberapa tahun selepas dia bersetubuh buat kali pertama. Ini mungkin disebabkan perasaan malu kerana tidak mempunyai pengalaman atau sebarang kekurangan dirinya.
Sebagai seorang wanita, persetubuhan buat kali pertama mungkin merupakan satu pengalaman kasih sayang dan batin apabila seseorang itu bersedia dan mempunyai kesefahaman antara dia dan pasangannya. Untuk wanita yang lain, ia juga mungkin pengalaman yang berlaku untuk beberapa minit dan tidak memberikan makna dalam hidup mereka.
Mengapakah Islam Memandang Maruah Diri Sebagai Keutamaan Bagi Wanita?
Sabda Rasulullah SAW dalam satu Hadith Sohih maksudnya : “Tiada yang aku bimbangkan tentang dugaan kepada kaum lelaki sepeninggalan aku nanti, kecuali dugaan dari kaum wanita” (Sahih Bukhari).
Kenapa wanita yang lemah lembut dan pemalu itu menjadi dugaan besar kepada keselamatan kaum lelaki? Kenapa Rasulullah SAW terlalu bimbang tentang dugaan yang bakal ditempuh oleh lelaki apabila berhadapan dengan wanita?
Sama2lah kita renung dan fikirkan, kita muhasabah diri,
Bagi yang belum berumahtangga, simpanlah keistimewaan diri hanya untuk yg hak iaitu bakal suami. Jika belum ada ikatan nikah, jangan sewenang-wenangnya maruah kita yang suci ini, akal fikiran kita berharga ini, hidup kita yang bahagia ini dikotori oleh cinta palsu.
Bagi ibu, didiklah anak-anak perempuan untuk memelihara maruah diri dan anak-anak lelaki menghormati maruah para wanita. Siapkan mereka dengan nasihat dan didikan agar mereka tahu memiliki sifat malu, agar mereka nanti tidak menjadi penggoda atau bakal lemah pada godaan.
Jangan buang masa lagi, sebelum terlambat, kembalikan diri pada Yg Haqiqi, letakkan niat, matlamat hidup dan mati, cinta dan pengharapan hanya padaNYA….Allah Rabbul Alamiin. Kita masih boleh hidup andai dunia dan seisinya hilang dari kita, tapi kita tidak akan hidup tanpa rahmat dan kasih Ilahi.

Carian Popular:

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor