Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, 3 June 2014 | 08:21


KUALA LUMPUR – Seorang pakar berpendapat usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kini tidaklah serumit dahulu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian di kawasan yang salah.
Saintis angkasa lepas dan fizik di New Zealand, Duncan Steel, menyatakan perkara itu dalam wawancara menerusi e-mel dengan Bernama susulan pengumuman Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru bahawa pesawat berkenaan tidak berada di sekitar tempat isyarat akustik, yang dikesan sebelum ini.
“Itu semua bukan petunjuk sebenarnya (bagi dakwaan pengesanan isyarat akustik). Langkah menolaknya adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan pertimbangan diberi terhadap kemungkinan yang lain pula,” kata Steel, yang juga Profesor Pelawat bidang Astrobiologi di University of Buckingham, England dan saintis angkasa lepas di Pusat Penyelidikan NASA-Ames di California, Amerika Syarikat.
Menurutnya isyarat ping sonik yang dikesan di Lautan Hindi (bagi seorang ahli fizik) jelas sekali bukan berpunca daripada alat pengesan kedudukan kecemasan MH370 selain pengumuman ATSB tidak berkaitan langsung dengan maklumat yang diperoleh dari satelit.
Beliau percaya berdasarkan maklumat data mentah yang dikeluarkan, besar kemungkinan MH370 menuju ke selatan pada kelajuan hampir 500 knot dan berakhir lebih jauh dari kawasan pencarian sekarang.
Steel memuji syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat kerana usahanya mengeluar dan membuat analisis terhadap data berkenaan, yang memberikan hasil yang baik.
“Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna saya yakin hasilnya adalah tepat kerana kami tidak diberi maklumat penting tentang komposisi BFOs (Burst Frequency Offsets) dan model tugas yang dilakukan Inmarsat.
“Sekiranya kami mendapat maklumat itu, kami boleh meneliti apa yang telah dilakukan untuk mengesahkannya atau mungkin menemui kesilapannya,” kata beliau.
Steel berpendapat sekurang-kurangnya pertimbangan patut diberikan terhadap koridor utara, sebelum kemungkinannya diketepikan secara mutlak.
“Sebagai contoh, ada orang yang perlu pergi melihat tempat pesawat berkenaan dikatakan terhempas di Besh Tash Valley (Kyrgyzstan) berikutan terdapat andaian adanya gumpalan asap selepas pesawat berkenaan terhempas.
“Secara realiti, itu hanyalah satu per 1,000 daripada kemungkinan yang ada, tetapi mengapa tidak ke sana terlebih dahulu sebelum menolaknya?” kata beliau.
Sementara itu, bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai hasil analisis dan kiraan yang dibuat Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Nahas Udara (AAIB) berikutan pengumuman ATSB itu.
“Kiraan yang dibuat berdasarkan data Inmarsat itu disahkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika, AAIB, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) yang berpangkalan di Perth,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata semua badan itu, selain DCA dan NTSB, boleh dianggap sebagai badan luar yang hampir tidak langsung mempuyai kepentingan secara langsung dan mereka bersetuju dengan hasil itu.
Nik Ahmad Huzlan juga berkata semua kiraan itu turut disahkan pakar tempatan yang mahir dalam bidang komunikasi satelit daripada sudut teknikal.
“Bagaimanapun, terdapat margin kesilapan yang berpunca daripada penggunaan andaian, yang memungkinkan kawasan mencari diperluaskan,” katanya. – Bernama
Sumber : Sinar Harian

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor