Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Sunday 1 June 2014 | 05:21


KUCHING: Peragut ‘berhati mulia.’ Itulah gelaran sesuai 

merujuk kepada tindakan pemuda yang telah meragut seorang wanita di Pusat Kom­ersial Ang Cheng Ho 

apabila dia mengembalikan semula beg tangan milik mangsa.

Disebabkan tindakannya itu, dia ditangkap oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut yang 

terjadi sekitar 7 malam kelmarin.

Suspek yang mungkin ber­jaya melepaskan diri selepas meragut beg tangan mangsa, bagaimanapun berpatah 

balik kepada mangsa untuk memu­langkan semula beg mangsa.

Dalam laporan polis pemu­da berkenaan meletakkan mo­tosikal yang digunakannya di tempat parkir sebelum 

meng­hampiri mangsa di tempat kejadian untuk memulangkan beg tangan tersebut.

Tindakannya itu men­jadi tanda tanya mengapa dia kembali semula ke tempat kejadian dan memulangkan 

semula beg tangan itu selepas berjaya meragut mangsa.

Dia diserah oleh orang ra­mai kepada pihak berkuasa.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor