Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, 4 June 2014 | 23:54

Gambar Hiasan


KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menembak mati seorang penceroboh berpakaian seragam celoreng ketika menjalankan operasi untuk mengusir militan Sulu dari Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Pegawai Pemerintah Rejimen 22 Komando Lt Kol Adi Ridwan Abdullah berkata penceroboh itu terbunuh dalam pertempuran bersenjata pada 10.15 pagi yang berterusan kira-kira 30 minit pada 17 Mac tahun lepas ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi pembersihan bagi memastikan tiada penceroboh bersenjata di kampung itu.

“Pasukan saya telah ditembak dari arah hadapan di kawasan tanaman pokok kelapa sawit dan belukar.

“Ada empat penceroboh bersenjata berpakaian celoreng dan seorang daripada mereka ditembak mati,” katanya.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff sama ada dia nampak penceroboh membawa apa-apa senjata semasa pertempuran itu, Adi Ridwan, yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS), berkata beliau nampak penceroboh memegang senjata laras panjang, bagaimanapun beliau tidak pasti jenis senjata itu.

“Selepas pertempuran selesai, apakah tindakan anda terhadap penceroboh yang ditembak mati?” tanya Ishak.

Adi Ridwan menjawab: “Saya telah menghantar anggota saya untuk menentukan kawasan adalah selamat bagi membolehkan pasukan saya membawa keluar mayat penceroboh.”

Ketika memberi keterangan pada hari ke-50 perbicaraan 30 orang yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan Lahad Datu tahun lepas, Adi Ridwan berkata selain menjumpai mayat penceroboh yang berpakaian seragam celoreng itu, beliau mendapati terdapat huruf ‘RSF’ di hadapan dada kiri uniform itu.

Katanya tiada senjata ditemui bersama mayat itu, yang kemudiannya diserahkan oleh pasukannya kepada polis, di sebuah surau di Tanjung Labian pada hari berkenaan.

Adi Ridwan berkata beliau dan pasukannya meneruskan operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu pada beberapa hari berikutnya tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada 20 Mac 2013, semasa menjalankan operasi pembersihan berhampiran sebuah paya, beliau berkata pasukannya terserempak dengan tiga penceroboh bersenjata memakai pakaian berwarna gelap yang melepaskan tembakan ke arah mereka.

Adi Ridwan berkata pertempuran itu juga berterusan kira-kira 30 minit dan seorang daripada anggota pasukan itu, Lans Koperal Firdaus Lim Ismail Lim cedera akibat terkena tembakan di lengan kirinya.

Tiga puluh orang terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dengan sebahagian mereka menghadapi pelbagai pertuduhan menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota kumpulan pengganas atau dengan sengaja melindungi individu yang mereka ketahui adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itui antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung hari ini. — Bernama

www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor