Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Monday, 2 June 2014 | 20:44

Gambar Hiasan


Prebet Ahmad Hurairah Ismail ditembak di mata kanannya

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa seorang anggota tentera Malaysia ditembak mati semasa beliau dan rakan pasukannya sedang mencari dua penceroboh yang cedera dalam kejadian tembakan dengan pasukan keselamatan di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu pada 12 Mac tahun lepas.

Pegawai Memerintah Kompeni A, Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja Mejar Mohd Sukri Ismail berkata dalam insiden tengah hari itu, prebet Ahmad Hurairah Ismail terkena tembakan di mata kanannya semasa beliau dan anggota pasukannya hendak bergerak ke kawasan semak, tempat dua penceroboh melarikan diri selepas insiden tembakan pada pagi itu.

“Saya menyusun anggota saya dalam kedudukan sebaris (meniarap) dan bertentangan dengan kedudukan penceroboh.

“Selepas semua berada dalam kedudukan, saya mengarahkan anggota saya untuk bangun dan bergerak ke hadapan untuk memulakan pencarian penceroboh.

“Tiba-tiba, saya dengar tembakan dari arah bertentangan dan saya dengar anggota saya menjerit ‘Hurairah kena (tembak)’ sebanyak tiga kali,” kata beliau. Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengenai bilangan das tembakan yang beliau dengar, Mohd Sukri berkata satu das. Pegawai memerintah kompeni itu, yang merupakan saksi pendakwa ke-28, berkata antara jam 10.15 pagi dan 10.30 pagi, beliau dan pasukannya sedang menjalankan tinjauan mengenai keadaaan di Kampung Sungai Nyamuk apabila dihujani dengan tembakan dari arah kawasan paya di Kampung Tanduo.

“Saya mengarahkan anggota saya untuk membalas tembakan.

Pertempuran berakhir lebih kurang 11.30 pagi,” kata beliau. Ishak: Adakah kamu nampak berapa ramai penceroboh bersenjata melepaskan tembakan ke arah kamu. Mohd Sukri: Pada jarak 80 meter, ada tiga penceroboh.

Daripada tiga orang itu, dua sedang melepaskan tembakan. Dan pada jarak 100 hingga 150 meter, ada dua orang bersenjata api. Ishak: Adakah kamu nampak jenis senjata yang mereka bawa? Mohd Sukri: Pada jarak 80 meter, satu bersenjatakan pistol, satu bersenjata api laras panjang dan satu lagi kelihatan pegang pedang atau parang panjang manakala dua lagi, pada jarak 100-150 meter, kelihatan bersenjata api laras panjang.

Ishak: Semasa kejadian tembakan itu, adakah kamu dan pasukannya kamu dapat menembak penceroboh itu? Mohd Sukri: Seorang tumbang dan kelihatan terkena tembakan. Dua terkena tembakan dan lari terhuyung-hayang ke arah semak.

Mohd Sukri juga memberitahu mahkamah bahawa semasa tembak-menembak, seorang daripada anggotanya Koperal Khairul Anuar Md Isa cedera akibat ditembak di bahagian pipi kanan.

Seramai 30 orang terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dengan sebahagian mereka menghadapi pelbagai pertuduhan menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota kumpulan pengganas atau dengan sengaja melindungi individu yang mereka ketahui adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itui antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung hari ini. — Bernama
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor