Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, 24 April 2014 | 21:55


﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

……………………………………………………………………………………

“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.”
Jazakallahu khoiron katsiron saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Indahnya Agama Islam ataupun nama lainnya Aku Cintakan Islam ini. Alhamdulillah, kepada Allah saya panjatkan doa agar para pembaca rahimahullah mendapat perlindungan dan hidayah Allah, serta dikuatkan pada tali ini(Islam).
Yang ingin saya kedepankan di sini adalah mengenai “Mengapa Membenci Wanita?” 

Saya yakin, ada di antara anda(para mu’minin) membenci wanita. Dan, saya cuba mencari maklumat-maklumat mengenai masalah ini, namun menghampakan kerana sedikit sekali. Jadi, dengan Izin Allahu Akbar kali ini, saya sendiri akan cuba menyelesaikan masalah ini, dengan Izin Allah Insha-Allah, dengan bantuan dalil-dalil kukuh dan hadis-hadis Rasulullah  . Akan dibincangkan juga perihal-perihal lain mengenai lelaki dan wanita, suami serta isteri, Insha-Allah.
……………………………………………………………………………………………

وَعَاشِرُوۡہُنَّ بِالْمَعْرُوۡفِ...
“…Bergaullah dengan mereka secara patut…”
[An-Nisa’ : 19]

وَلَنۡ تَسْتَطِیۡعُوۡۤا اَنۡ تَعْدِلُوۡا بَیۡنَ النِّسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِیۡلُوۡا کُلَّ الْمَیۡلِ فَتَذَرُوۡہَا کَالْمُعَلَّقَۃِ ؕ وَ اِنۡ تُصْلِحُوۡا وَتَتَّقُوۡا فَاِنَّ اللہَ کَانَ غَفُوۡرًا رَّحِیۡمًا ﴿۱۲۹﴾
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu, janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan) , maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
[An-Nisa’ : 129]

………………………………………………………………………………………

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, kepada yang sudah bersuami terutamanya, Allah Maha Kuasa berfirman : {“…Bergaullah dengan mereka secara patut… } yakni, anda mestilah menggauli isteri-isteri anda dengan cara yang patut. Adapun isteri anda Nusyuz, maka akan saya terangkan sebentar lagi dalam bab Nusyuz. Walaupun begitu, bukan sahaja ada sebahagian lelaki sudah berkahwin membenci wanita, namun yang belum kahwin juga sama. Mungkin kerana beberapa faktor seperti trauma atau sebagainya. Saudara saudari rahimahullah, bukankah wanita juga ciptaan Allah? Dan bukankah mereka itu dicipta daripada tulang rusuk kirimu?

Dari Abu Hurairah ؓ , dia berkata : Rasulullah  bersabda :

“Janganlah seorang mukmin itu membenci seorang mukminah, sebab jika ia tidak senang dari wanita itu dari perangainya, tentunya ia akan merasa senang dari perangainya yang lain, atau beliau bersabda : ‘Dari budi pekerti yang selain dibencinya.’.”
[HR. Muslim (1469]

Berdasarkan hadis yang mulia di atas, keterangannya oleh Imam An-Nawawi dalam Riyadhus Salihin nya: Dalam Bahasa Arab dikatakan “Wanita itu membenci lelaki dan suaminya membenci isterinya.” Wallahu alam. Maknanya di sini, anda, sama ada Mukminin ataupun Mukminat, maka anda dilarang untuk sama sekali membenci satu sama lain. Nabi  melarang anda. Kerana sekiranya katakan anda benci wanita itu kerana dia nakal, mungkin sahaja anda meminatinya dari segi lain, sama ada memasak ataupun lain wallahu alam. Dan kepada wanita, sekiranya anda benci lelaki dari satu hal seperti tidak tahu menjahit atau kuat berleter wallahu alam, mungkin anda sukainya kerana dia pintar, kacak atau sebagainya. Sayangilah antara mukminin sesama mukminat, kerana seandainya ada kebencian di dalam hati anda, nescaya Allah dapat melihatnya.

Apakah anda membenci wanita kerana putus cinta? Janganlah anda bersedih. Mungkin anda tidak nampak kenapa Allah hilangkan dia di hati anda, tapi Allah itu Maha Bijaksana. Dia tahu apa Dia mahu buat untuk hambaNya. Saya beri contoh, seandainya anda dipisahkan daripada isteri anda, anda berasa sedih dan kecewa, hingga sanggup bunuh diri. Namun, setelah beberapa tahun, anda dapat tahu bahawa isteri anda selama ini melanggar perintah Allah, berbuat maksiat kepada Allah(melakukan kemungkaran), maka, Allah buka mata anda sebesarnya untuk saksikan kebenaran. Dan Allah jodohkan kamu dengan isteri yang solehah yang pada mulanya anda sangat membenci dia. Akhirnya, kasih sayang mula bersemai.


Wanita Solehah Sebaik-Baik Kesenangan Dunia

Dari Abdullah Ibn ‘Amr Ibn al-‘Ash ؓ bahawa Rasulullah  bersabda :
“Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita salihah.”
[HR. Abu Dawud(2146), Ibnu Majjah(1985). Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami’(5137)]

Rasulullah bersabda {sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita salihah }. Kenapa Rasulullah bersabda begini?  Tahukah anda bahawa wanita solehah itu akan menjadi isteri yang sangat-sangat setia pada suami? Mereka menjaga makan minum anda, mereka menjaga pakaian anda, mereka memberikan anda anak-anak dan mereka menjaga anak-anak itu.

Bukankah ini hadiah terbaik Allah berikan di dunia ini? Malah isteri solehah turut akan membawa anda ke syurga, Insha-Allah. Namun, saya yakin, anda para mukminin mahukan isteri-isteri solehah, begitu juga saya kerana saya juga lelaki, namun, jika kamu mahukan wanita solehah, anda juga perlu jadi soleh. Kerana, wanita juga menyukai lelaki soleh. Maka, sama-sama kita berusaha meraih cinta yang suci dahulu, iaitu cinta kepada Allah, Yang Menciptakan kamu.



Para Bidadari Memanggil Suami Yang Disakiti Isterinya

Dari Mu’adz Ibn Jabal dari Rasulullah, beliau bersabda :
“Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia melainkan isteri (pasangannya) dari bidadari bermata indah berkata : ‘Janganlah kamu menyakitinya, semoga kau dimusuhi Allah. Sesungguhnya, ia di dunia sebagai tamu bagimu (sementara), tidak lama lagi akan berpisah darimu untuk menemui kami.”
[HR Tirmidzi (1174), dan ia berkata ini hadis Hasan Gharib. Hadis ini didhaifkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhaif al-Jami’ (534) ]

Kepada para isteri yang sering menyakiti suami, mungkin di dunia ini anda cukup cantik, namun setelah kamu menyakiti suamimu, para bidadari milik suamimu di Syurga kelak, yang suamimu sabar dengan perangaimu, maka bidadari itu memanggil-manggil suami kamu. Mereka memarahi kamu menyakiti suami mereka(pasangan mereka) dan mereka berdoa agar anda iaitu isteri yang menyakiti suami agar dimusuhi Allah. Dan tahukah kamu bagaimana bidadari itu? Mereka bermata hitam bulat lagi cantik, dan mereka memakai haruman syurga. Dan semakin hari semakin cantik, dan tidak akan tua. Tidakkah kamu cemburu suamimu mendapat pasangan secantik itu? Maka janganlah kamu menyakiti mereka. Seandainya Allah Maha Kuasa menurunkan azab buatmu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya sekalipun Jibriel. Bertaubatlah anda, malulah pada Allah atas dosamu selama ini. Kita sama-sama manusia, sering melakukan kesilapan, maka, sentiasalah bertaubat memohon redhaNya, jadilah isteri yang beriman buat suami.

Lelaki Beriman Dan Wanita Beriman Adalah Saling Membantu

Allah Maha Kuasa berfirman : { Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian dari mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana. }[At-Taubah : 71].

Anda para lelaki dan wanita beriman adalah saling membantu, kalian mengajak yang makruf dan melarang yang mungkar. Mengajak kepada solat, zakat dan sebagainya. Maka itu, Allah Merahmati kamu semua. Namun, jika anda saling membenci, maka Allah tidak akan merahmati kamu. Oleh itu, anda perlulah saling menyayangi antara muslimin dan muslimah. Anda telah berpegang pada tali Allah(Islam) yang Allah redhai. Dan tiada agama lain yang Allah redhai selain Islam ini. Seandainya para mukminin tersilap langkah, anda para mukminat boleh mengingatkan kami. Seandainya anda para mukminat tersilap langkah, kami para mukminin akan mengingatkan anda. Insha-Allah, Allah akan merahmati kita, dan mengurniakan kita keredhaanNya. Ameen.

Nusyuz

Mungkin anda tidak tahu perkataan ini, mungkin sebahagian daripada anda Nusyuz, mungkin tidak, Allah Tahu Yang Sebaiknya! Namun, apakah Nusyuz ini?
Allah Maha Kuasa berfirman : { Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz, hendaklah kamu nasihatkan mereka, (jika mereka masih berdegil) pisahkan mereka dari tempat tidur, dan (kalau masih berdegil) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Lagi Maha Besar. }[An-Nisa’ :34].

Nusyuz maksudnya adalah meninggalkan kewajipan sebagai isteri terhadap suami, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suami atau membawa lelaki yang bukan mahram atau mahram ke rumah suami tanpa izin suami dan lain-lain. Di sini, Allah memberi kuasa kepada suami untuk melakukan tindakan terhadap mereka, iaitu mengikut tiga peringkat :

1.      1. Nasihati mereka
2.      2. Jika berdegil, pisahkan mereka dari katil(jangan tidur sekatil dengan mereka)
3.      3. Jika berdegil lagi, maka pukullah mereka dengan pukulan tidak berbekas.

Janganlah setelah isteri kamu mentaati kamu, kamu memukulnya lagi, berdasarkah firman Allah : {Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari alas an untuk menyusahkannya.}
Namun begitu, bukan sahaja ada wanita yang nusyuz, malah ada juga lelaki yang nusyuz, iaitu suami yang lari daripada tanggungjawabnya sebagai suami kepada isterinya.

Allah Maha Besar berfirman : {Dan jika seorang perempuan khuatir suaminya akan nusyuz atau bersikap acuh tidak acuh, maka keduanya dapat melakukan perdamaian yang sebenarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu perbaiki (pergaulan bersama isterimu) dan memelihara dirimu (daripada nusyuz dan sikap acuh tidak acuh), maka sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.}[An-Nisa’ : 128]

Firman Allah iaitu {melakukan perdamaian yang sebenarnya,} adalah seperti isteri sedia mengurangkan beberapa haknya, asalkan suaminya kembali kepadanya. Contohnya, isteri tidak terlampau meminta-minta kepada suaminya kerana tidak mahu suaminya kehabisan duit, walaupun isteri ada hak meminta wang daripada suaminya, hanya kerana dia mahukan suaminya pulang kepangkuannya semula. Wallahu alam.

Saya juga tidak faham mengapa para lelaki dan perempuan saling membenci antara satu sama lain. Ada memberi alasan kerana kegedikan, kerana cemburu dan lain-lain. Sedarlah, selagi anda di dunia ini, dan anda bergelar mukminin atau mukminat, maka kewajipan anda adalah membantu satu sama lain dalam meraih cinta Allah. Dan apakah anda tidak tahu, bahawa setiap yang beriman pasti akan diuji Allah?





Saya juga tidak faham mengapa para lelaki dan perempuan saling membenci antara satu sama lain. Ada memberi alasan kerana kegedikan, kerana cemburu dan lain-lain. Sedarlah, selagi anda di dunia ini, dan anda bergelar mukminin atau mukminat, maka kewajipan anda adalah membantu satu sama lain dalam meraih cinta Allah. Dan apakah anda tidak tahu, bahawa setiap yang beriman pasti akan diuji Allah?
 اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ یُّتْرَکُوۡۤا اَنۡ یَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَہُمْ لَا یُفْتَنُوۡنَ ﴿۲﴾
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami beriman”, dan mereka tidak diuji?”

[Al-Ankabut : 2]
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor