Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, 9 April 2014 | 18:29

Hati..Bahagian paling sukar difahami.Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.Kadang menghegeh mencari ruang.Menebar rasa yang lama terpendam.Mencari ruang untuk menyembuh.Dek luka semalam.
Belum sembuh, barangkali.Jiwa..Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.Perit lagi ya?Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.Luahkan.Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.
Sukar kan.Memapar senyum.Membalas tawa.Saat diri terbenam dalam duka.Kau sendiri pernah rasa kan? Karena itu.Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.Kita, jangan sesekali hina hidup orang.Jatuh bangun dia. Naik turun dia.Cuma Allah tahu.Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah.Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.Dulu, pernah ada yang bilang,
“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”
 Ketahui-lah.Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.Puas. Kau akan puas.Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,
 “Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.Satu benda kau kena faham.Satu benda.Kita ini, bukan kuat mana.Bukan tabah mana.Bukan cekal mana.Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
 “Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”
“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.

“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]

………………

Kekal tegar ya,
Moga Allah menjaga.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor