Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, 12 April 2014 | 22:57


Sebenarnya MMI tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelajar ini.Namun setelah mendapatkan pandangan rakan-rakan MMI keluarkan buat tatapan semua.Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri MMI dan semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya semakin mencabar.

Pertamanya MMI bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.

Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.

Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.

Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.


Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan MMI kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.

Bukankah gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam ?? Ini baru sedikit ada yang jauh lebih dasyat daripada ini yang MMI tak dedahkan.


Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita.Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi.

Pantau anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran , ambil tahu dengan siapa mereka berkawan , jangan sesekali lupa untuk bertanya dan ambil tahu tentang akaun media sosial mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan dari kalangan anak-anak pelajar yang MMI dedahkan di atas sana.

Media sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara.

MAAF ! MMI sudah memutuskan untuk tidak menyiarkan link akaun media sosial mereka kerana ianya sudah pasti akan menjadi iklan percuma kepada pihak-pihak di luar sana.Sekalipun ada pihak yang mahu mengambil tindakan contohnya SKMM buatlah carian , pasti dengan keupayaan yang ada pada pihak-pihak berwajib ini perkara sebegini amat mudah di temui.

Kadang-kadang malu melihat anak bangsa sendiri !!!!



Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor