Menurut Denis, vokalis kumpulan Nirwana perkara ini berlaku kepada sahabat baiknya yang amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara sehingga membunuh diri beberapa tahun lalu.
“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang. Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan ‘Sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja’ membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu.”
Tidak lama kemudian, mereka mendapat berita sahabat mereka itu ditemui mati akibat membunuh diri. Dari situ mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan. Ketika merakamkan lagu tersebut, Denis sendiri tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.
“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya.”
Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan di negara ini. Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup.
“Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya. Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio di Malaysia.”
Bagi anda yang tidak begitu mengenali kumpulan dan lagu single mereka ini, kami sertakan klipnya di bawah. Layan!
0 comments:
Post a Comment