Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Blog Archive

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, 20 June 2012 | 06:20

Salam #CinTa buat pembaca Apitz.Pada kali ini, kita akan melihat pula aspek kejujuran dan keikhlasan dalam sesebuah perhubungan.Semua pasangan yang baru hendak mula bercinta, sedang hangat bercinta ataupun sudah lama bercinta, pasti acap kali membicarakan tentang perkara yang sama.Jujurkah kalian di antara satu sama lain?Ikhlaskah masing-masing dalam bercinta?Harus diingatkan, walaupun bibir melafazkan perkataan jujur dan ikhlas, namun hati sendiri yang harus ditanya berulang kali demi mendapatkan kepastian sebenar.

Cuba lihat kata-kata yang dipetik dari buku “Motivasi santai #CinTa” saya,“Apabila cinta hadir, dunia anda mungkin berubah, perasaan yang indah membuai jiwa, bibir sering terukir senyuman, mata bersinar bak permata dan tutur bahasa sering dikawal rapi... namun jangan sampai anda menjadi orang lain dan mencipta personaliti diri yang lain hanya untuk kepuasan hati.”Semua orang pasti seronok apabila berada di alam percintaan. Perhatian yang didahagakan selama ini hadir mencurahcurah, rasanya seperti dunia ini kamu yang punya. namun awas! adakah kamu jujur menjadi diri sendiri? Ataupun kamu telah mencipta seseorang yang berbeza daripada siapa kamu yang sebenar semata-mata takut kehilangan cinta? Kebanyakan remaja dilihat secara sengaja atau tak sengaja mencipta  karakter yang bukan semula jadi demi menjaga perhubungan.

Contohnya, berpura-pura manja secara berlebihan, berpura-pura suka bersolek, membuka tudung apabila keluar dating kerana buah hati kata lebih cantik tanpa tudung, sanggup meminjam motor kawan untuk bersiar-siar dengan pasangan, meminjam duit emak dan ayah untuk belanja kekasih, malah banyak lagi. Pasti ada yang terasa hati apabila terkena pada diri sendiri bukan?Yang penting ialah soal berterus-terang  dengan pasangan tentang apa yang kamu selesa dan apa yang kurang selesa. Usah terlalu mudah mengikut permintaan pasangan tanpa usul periksa atau terlalu menurut hati sendiri semata-mata kerana ingin membahagiakan si dia.Pendirian haruslah teguh serta tidak mudah dibuai pujuk rayu oleh sesiapa pun. Hidup harus ada pendirian dan Dunia memang seperti kamu yang punya saat kamu bercinta, sms, BBM atau whatsap setiap 10 saat. BerFacebook atau berTwitter lebih lagi, apa pun bersederhanalah dalam perhubungan kamu. Jangan sampai masa untuk bersama keluarga diabaikan.

Hantaran itu, adalah perlu bagi kamu untuk mendisiplinkan diri agar membahagikan masa seadil-adilnya di antara rakan, pasangan dan keluarga tercinta. Perjalanan kamu sebagai remaja masih jauh dan terlalu banyak yang kamu harus tempuh. Bercinta memang seronok, berkasihkasihan memang indah, namun jangan  sampaimengabaikan pelajaran, cita-cita ataupun hilang pedoman dalam kehidupan seharian. Selagi keluarga kamu berada di dalam ingatan dan hati, dengan izin Tuhan kamu pasti mampu mengawal segala perbuatan dan keinginan mengikut apa yang betul. akhir kata, salam #CinTa ikhlas daripada abang Fazley. rasa-rasa dan fikir-fikirkan sehabis baik!

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor