Pemain muda harimau malaya ini nazmi faiz mansor telah dilanda kontroversi melalui akhbar metro ahad apabila dirinya dikaitkan dengan beberapa wanita yang pernah bergambar bersamanya dan dikatakan seorang playboy.
namun nazmi segera menafikan dan tidak mahu melayan gosip yang melanda. perlawanan dengan qatar sebentar tadi telah berlaku satu insiden yang tidak diduga pabila nazmi faiz telah menyerang dan menumbuk ketua pasukan qatar dengan tumbukan padu di kepala.
Ramai yang mengatakan insiden berkenaan ada kaitan dengan kontoversi yang melanda. namun nazmi faiz menafikan dan telah mengeluarkan satu kenyataan maaf terhadap pasukan qatar.
Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.
Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.
Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.
“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi saingan kelayakan Piala AFC di Myanmar.
Malaysia diundi dalam Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 bersama-sama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.
0 comments:
Post a Comment