“Umphh ! Awak, saya takutlah ...Nanti mesti ada yang mempersoalkan hubungan kita. Masalah usia pasti akan dibangkitkan oleh semua orang terutamanya keluarga awak. Macam mana ni? Awak sanggup atau tak? Bermasalah bila awak lebih muda dari pada saya! Pasti akan ada yang membangkang!
Aduhai, susah hati dibuatnya bukan? Kamu serba tidak kena, mana satu yang harus dipilih? Meninggalkan si dia atau kamu pula yang ditinggalkan? Seolah-olah ketetapan itu telah diwujudkan tanpa perlu dipinta. Kamu sendiri bingung dan tidak tahu mana yang harus diikuti. Adakah ini satu kesilapan dalam membuat keputusan atau memang jodoh kalian berdua? Usah gusar mahupun bimbang, jom praktikkan tip ini untuk kebaikan kamu dan si dia.
1. Terus-terang
Berterus-terang itu tidaklah sesukar mana, namun yang menjadi persoalan di sini ialah penerimaan orang sekeliling terhadap kamu. Mungkin sesetengahnya akan member sokongan kepada kamu dan mungkin juga sebaliknya. Jadi nak tak nak kamu perlu berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Maklumlah kekasih jauh lebih muda sering dikatakan tidak matang dan kurang sesuai dengan kamu. kalau boleh buang segala tanggapan itu dan jalani kehidupan kalian berdua dengan harmoni tanpa mengambil peduli tentang manusia yang dipanggil ‘Internet bergerak’ ini.
2. Bertolak ansur
Resipi berkasih mudah sahaja, kamu dan si dia kena saling bertolak ansur. Memandangkan umur kamu jauh lebih berusia daripada dirinya, jadi kamulah yang sepatutnya menjadi rujukan untuk si dia belajar. Jangan anggap diri kamu saja yang betul manakala si dia pula salah. Mentang-mentanglah si dia lebih muda daripada kamu, langsung menyebabkan perasaan ingin menguasai itu melebihi segalagalanya. Jangan kamu ingat dengan cara itu si dia boleh terima dan tunduk sahaja. Tidak sama sekali kerana si dia juga ada hati dan perasaan. Biarkan si dia terus memimpin dan membimbing kamu dan bukan sebaliknya.
3. Hormat-menghormati
Dalam erti kata cinta yang sebenar, setiap pasangan itu perlu ada perasaan hormat-menghormati sesame sendiri. Jangan tahu nak bercinta sahaja tapi yang lain-lain diabaikan. Susah kalau kamu dan si dia tidak mempraktikkannya dalam hubungan kalian. Bukannya apa, bila kamu berdua saling menghormati antara satu sama lain, secara tidak langsung perkara-perkara yang kurang disenangi kamu berdua mahupun orang di sekeliling dapat diatasi dengan baik tanpa melibatkan pergaduhan besar. Jadi kena pandailah mengemudi dan membawa haluan cinta kamu itu.
4. Berfikiran terbuka
Sebagai pasangan kekasih, kamu dan si dia perlulah berfi kiran terbuka. Bukan bermaksud dalam segala hal kamu perlu terbuka dan menerima perkara itu secara acuh tidak acuh, namun ada juga sesetengah perkara yang memerlukan kamu lebih terbuka dan tidak terlalu berfi kiran negatif. Walaupun usia kamu jauh lebih tua berbanding dirinya, kamu perlu yakin dan percaya bahawa si dia memang menyayangi kamu. Jangan pula kamu berprasangka buruk dengannya. datanglah gadis yang cantik rupawan atau lebih muda daripadanya pun, kalau hati dah sayang semuanya akan ditepis dan dihindari sebaik mungkin.

Cinta oh Cinta Majalah Remaja Isu 1 Jun 2012
0 comments:
Post a Comment