Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

Traffic Blog

Op Yeah Designer .COPYRIGHT. Powered by Blogger.

Written By Unknown on Friday, 6 July 2012 | 21:01


“Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram,” kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.
FIZA...dipukul ibu bila kalah judi


Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering mendampingi Mat Rempit, hidupnya sangat gembira berbanding dikongkong ibu dan bapa.

“Ibu kalau tidak berjudi, dia mabuk. Bapa tiri pun sama, tetapi dia langsung tidak pedulikan saya, cuma ibu kerap memukul saya disebabkan perkara kecil seperti rumah tidak berkemas.

“Disebabkan tidak tahan dilayan sebegitu, saya mula mengikut kumpulan Mat Rempit ketika berada di tingkatan dua dan setahun selepas itu, saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng, tetapi itu bukan halangan untuk saya berseronok dengan kawan-kawan,” katanya yang ditemui di ibu kota, malam kelmarin.sumber
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 comments:

Post a Comment

Op ? Yeah! All Here© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor