Pages

▼

Saturday, 12 April 2014

Mayat Bayi Perempuan Baru Lahir Dibuang Dalam Semak


Satu mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam semak di sempadan jalan ke Taman Rasa Utama kira-kira 800 meter dari jalan besar Batang Kali dipercayai dibuang individu disyaki ibu bayi itu, petang tadi.
Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui kira-kira jam 2.15 petang oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis.
Hasil siasatan forensik mendapati bayi berkenaan baru lima jam ditinggalkan di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment