Pages

Saturday, 31 May 2014

Doa untuk menenangkan jiwa

Doa untuk menenangkan jiwa (Klik gambar untuk besarkan)


Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

8. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

9. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

10. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


Saya harap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah.


IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK


ZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 minit dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan

Gempar! Wanita lahirkan cicak tokek


 Gambar hiasan

Kupang: Seorang wanita dari Kampung Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur dilaporkan mencetus kegemparan apabila melahirkan cicak tokek (gecko), lapor media semalam.

Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi kelmarin di rumahnya di daerah Kupang.

Sumber berkata, proses bersalin Nelci itu dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono yang dikenali sebagai Josephine Lydia Hellen Wadu.

Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.

“Untuk ke klinik Nelci perlu dibawa selama empat jam,” katanya.

Menurut sumber itu, kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.


Katanya, kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.

“Tiba-tiba kami semua terkejut kerana melihat bukan bayi yang keluar, tetapi cicak tokek,” katanya.


Sementara itu Josephine berkata, dia sangat terkejut melihat haiwan berkenaan keluar dari rahim Nelci.

Mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.

“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun penduduk setempat berkata, ada kemungkinan wanita terbabit pernah bertapa beberapa lama,” katanya.


Nelci memang mempunyai suami bernama Wempi Loasana dan cicak tokek itu adalah ‘anak ketiga’ pasangan terbabit.- Agensi

3 beranak ditahan bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai

Rogol beramai-ramai: 3 beranak antara 14 ditahan

PASIR MAS – Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.
   
“Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
  
“Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
   
Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
   
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
   
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
   
Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
   
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. – Bernama

Kisah Sebenar: Polis Makan Ais Krim Di Sisi Mangsa Kemalangan

Kejadian berlaku pd 26/5/04 jam lebih kurang 1200hrs ditempat susur 4 Jalan Tun Razak, Johor Baharu.
Anggota MPV tersebut telah mendapat panggilan daripada Ibu Pejabat Johor Baharu Selatan untuk menghala ke tempat kemalangan yang melibatkan sebuah m/sikal  dan  Teksi.
Kisah Sebenar: Polis Makan Ais Krim Di Sisi Mangsa Kemalangan
Mangsa penunggang m/sikal lelaki melayu telah mengalami cedera patah kaki. Bantuan ambulnce telah diminta tetapi dalam hampir 1jam lebih baru sampai. Sementara menunggu bantuan ambulance keluarga mangsa telah memberi ais krim kepada anggota polis berkenaan sebagai menghargai bantuan yang telah diberi.
Anggota polis tersebut telah nemberi bantuan sehingga selesai dan mangsa dihantar ke hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.
So kepada orang yang mengambil gambar ini yang tidak tahu cerita sebenar jangan lah memandai-mandai ya… Gambar ini pada asalnya telah di muat naik di laman sosial melalui sebuah akaun fb seorang rakyat Singapore yang anti dengan polis Malaysia telah menjadi viral di laman sosial tersebut.
Walaubagaimana pun menurut info, pihak polis akan/telah mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota polis tersebut. Cuba bayangkan jika anda ditempat anggota polis tersebut, menjadi tanggungjawab untuk membantu orang awam yang dalam kecemasan berdiri di dalam panas terik begitu kemudian jasa dan penat lelah anda akhirnya di balas dengan denda yang tidak sepatutnya….Apa perasaan anda?

10 Tips Menjaga Kucing

Kucing merupakan sejenis haiwan berkaki empat yang sangat comel dan manja. Mereka adalah spesies haiwan yang pintar dan berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.

Memelihara seekor kucing merupakan pengalaman yang mampu memberikan anda keseronokan dan teman bertahun lamanya. Dalam erti kata lain, perasaan memelihara seekor kucing adalah seperti menjadi ibu bapa. Ia merupakan satu tugas yang berat dengan ganjaran tidak ternilai apabila kita dapat memerhatikan sendiri bagaimana mereka membesar, bergerak dan bermain.

Malah jika kita mengamalkan cara penjagaan kucing dengan betul, kucing yang kita belai itu pasti akan sihat dan ceria. Sayangnya, masih ramai lagi yang beranggapan bahawa  agak sukar untuk memelihara seekor kucing.
Betul ke cara penjagaan kucing ni agak rumit?
Pada awalnya mungkin kita akan berasa agak sukar nak memelihara seekor kucing. Sebab tiada pengalaman nak menjaga kucing tersebut. Tapi lama-kelamaan, bila kita dah sayang sangat dengan kucingitu, kita akan berusaha yang terbaik untuk menjaganya.

Antara cara-cara terbaik untuk menjaga kucing :

1. Pastikan korang dan keluarga sudah bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Di mana, sediakan keperluan asas membela kucing seperti : permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar atau tempat rehat dan tidur.

2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda ! Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk "grooming" , mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung) , dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandikannya jika kucing tersebut dalam keadaan kotor. 

4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dll. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru dan gembira.

5. Bermain dan bercakap dengannya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengannya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.

7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya: mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, mencakat langsir, dll. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan "stop" atau "jangan" (jangan menjerit, guna nada yang rendah je), dan alihkan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. 

8. Jangan terlalu "memberi muka" kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika anda melayan kehendak anak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak2 atau haiwan-haiwan seperti anjing. 

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terimalah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukannya sesuatu yang mudah.
Sebenarnya ada banyak lagi cara penjagaan kucing yang berguna yang boleh korang dapat setelah membaca Buku Panduan Lengkap Memelihara Kucing seperti cara menjaga kucing yang sakit dan juga cara untuk menjaga anak kucing.
Saya yakin lepas membaca panduan ini, korang akan dapat menjaga kucing kesayangan korang tu dengan lebih baik dan pasti kucing korang tu akan bertambah sihat dan ceria.




Gambar Bunga Citra Lestari Bersosial Tersebar


Bunga Citra Lestari sememangnya nama yang penuh kontroversi. Isteri kepada Ashraff Sinclair ini dulu pernah mengejutkan Malaysia apabila gambar berbulan madunya yang agak kurang sesuai untuk tatapan orang ramai tersebar. Dan hari ini, sekali lagi gambar Bunga Citra Lestari kelihatan memegang sebuah minuman (kemungkinan besar minuman keras) dan merokok tersebar.
Nampak seperti penyebar gambar ini adalah seorang yang rapat dengan dunia hiburan kerana pengarah Indonesia bernama Rizal Mantovani juga turut kelihatan di dalam gambar-gambar tersebut. Mungkinkah gambar ini sengaja disebarkan untuk memberi sedikit kontroversi seterusnya menghangatkan kembali nama BCL?




Tentang Dota 2 : Sejarah Dota dan Perkembangannya

Di dunia game, Valve Corporation telah berkembang menjadi salah satu publisher (dengan kesuksesan distribusi jaringan Steam) dan developer game (Half-Life, Portal, Team Fortress, etc) terbesar di dunia saat ini. Dari sisi pengembangan game, kualitas selalu diutamakan daripada kuantitas. Hal ini terutama dapat kamu lihat dari karya terakhirnya, Dota 2 yang masih terus dikembangkan.

Sejak pertama kali berdiri pada tahun 1996, game keluaran Valve selalu dirilis secara perlahan dan disempurnakan sebelum dilepas ke pasaran. Gamer bahkan membuat istilah “Valve Time” untuk menyebut jangka waktu antara tanggal rencana rilis hingga ke tanggal rilis sesungguhnya.

Dota 2 adalah game terbaru keluaran Valve yang baru saja menutup masa close beta dan sekarang dapat dimainkan dalam masa -semacam- open beta dan membuktikan bahwa Valve masih memiliki ‘taring’ dalam menghasilkan game berkualitas dan menarik untuk dimainkan.

Sejarah Singkat Dota

Dota adalah singkatan dari Defense of The Ancients, sebuah game multiplayer yang menyerupai genre RTS. Namun disini, pemain cukup mengendalikan seorang Hero saja, bukan seluruh pasukan. Meski bukan game pertama yang menggunakan gameplay tersebut, Dota berhasil mempopulerkannya, memperoleh jutaan penggemar di seluruh dunia sebelum memunculkan game lain seperti League of Legends dan Heroes of Newerth.
Inspirasi game ini diperoleh dari Starcraft dengan sebuah map custom, yaitu Aeon of Strife. Namun, Dota benar-benar lahir setelah Blizzard merilis Warcraft III. Dengan menggunakan map editor, modder bernama Eul membuat versi pertama Dota. Dengan berjalannya waktu, ‘Project Dota’ dikerjakan oleh berbagai developer, salah satunya adalah Guinsoo (yang kemudian mengembangkan League of Legends) dan IceFrog, pengembang map Dota satu-satunya saat ini sejak tahun 2005.

Perkenalan Gameplay Dota

Dota mengadu 2 tim berisikan masing-masing 5 pemain, dimana keduanya memiliki markas utama yang disebut Ancient dan tim pertama yang berhasil menghancurkan Ancient lawan adalah pemenangnya. Terdapat 3 jalan atau jalur (disebut ‘lanes’) yang menghubungkan kedua Ancient tersebut dan pasukan (‘creeps’) yang spawn atau muncul secara berkala di jalur-jalur tersebut, bertarung dengan ‘creeps’ lawan di sepanjang pertempuran menuju markas lawan.

Masing-masing pemain dapat mengendalikan sebuah unit/ karakter yang disebut ‘Hero’ yang dipilih pada awal permainan. Terdapat lebih dari 100 Hero dengan type yang berbeda : Strength, Agility dan Intelligence. Setiap Hero memiliki 4 skill (beberapa memiliki lebih) aktif maupun pasif. Dengan membunuh creeps, menaikkan level, membeli item dan membuat keputusan strategi, pemain akan berusaha menjelajah map untuk menghancurkan Ancient lawannya.

Munculnya Dota 2

Valve mendekati IceFrog ketika masih merupakan modder amatir dan menawarkan posisi sebagai pimpinan desainer di perusahaan mereka. Tujuan utama Valve adalah untuk mengambil custom map Dota dan membuat versi tersendiri/ standalone yang dapat dirilis untuk umum secara lebih luas. Keuntungannya, Dota tidak lagi dibatasi oleh sistem editing map Warcraft III dan tentunya bayaran yang ditawarkan pastinya tidak sedikit. IceFrog menerima tawaran Valve dan persetujuan secara resmi dibuat resmi pada Oktober 2010 lalu.
Valve bukanlah yang pertama berminat untuk merilis versi standalone Dota. Riot merilis League of Legends pada tahun 2009 dan S2 merilis Heroes of Newerth di tahun 2010. Kedua game ini melakukan modifikasi pada gameplay asli Dota untuk membuatnya unik. Namun hal ini ternyata mengecewakan penggemar hardcore Dota. Sementara itu, Valve merencanakan untuk tetap menggunakan gameplay asli Dota namun dengan kebebasan lebih dari sistem yang sebelumnya terbatas pada engine Warcraft III.

Apa Itu Dota 2? Apa Kelebihannya?

Dota dimainkan oleh jutaan penggemarnya di seluruh dunia, mulai dari Amerika hingga Asia dan seterusnya. Sementara LoL dan HoN memang telah membuat sebuah game tersendiri, namun hanya ada satu game DotA yang sesungguhnya dan versi ini adalah yang dijaga oleh IceFrog. Pemain DotA di seluruh dunia yakin IceFrog adalah sosok yang mengerti esensi Dota dan karena Dota 2 dikembangkan oleh IceFrog, maka jelas bahwa esensi Dota yang digilai oleh penggemarnya akan tetap ada.

2 Tahun lalu, PCGamer menyatakan ‘Dota 2 adalah game yang terlalu bagus untuk sebuah game yang bahkan belum dirilis’. Saat itu, meski masih dalam masa closed beta, Dota 2 menduduki Top 5 Steam games berdasarkan pendapat gamer, mengalahkan game populer lain seperti Skyrim dan Counter-Strike: Source. Saat ini, Dota 2 secara konsisten memiliki jumlah 300,000 pengguna online yang bermain pada saat bersamaan. Angka ini berbeda jauh dengan game 1 peringkat dibawahnya, Teatm Fortress 2 yang memiliki 70,000 pengguna online pada saat bersamaan.


Jika kamu tertarik dengan kompetisi game, terdapat banyak liga dan turnamenT Dota 2 yang dapat kamu temui dimana saja secara online. Tidak sedikit juga warnet yang mengadakan kompetisi semacam ini. Selama 3 tahun berturut-turut, Valve telah menjalankan turnamet tglobal The International dengan total hadiah mencapai $1,6 juta dan 3 tahun lalu, The International telah memperoleh dana hadiah hingga $2 juta dan terus bertambah dari crowdfunding yang diadakannya.

Ini dia kelebihan Dota 2 : Dota 2 dapat dimainkan secara gratis secara penuh. Tidak seperti saingannya LoL atau HoN yang melakukan monetisasi dengan menjual Hero menggunakan cash atau real money, di Dota 2, kamu bisa memiliki semua Hero yang ada, menggunakan dan menikmati setiap fitur yang ditawarkan tanpa membayar sepeser pun. Kamu hanya perlu mengeluarkan Wang untuk membeli kostum Hero dan tiket turnamen untuk menonton pertandingan Dota. Dota 2 adalah FREE GAME yang sesungguhnya.




Ais kepal dibeli pada harga RM80,000!


ALOR SETAR - Bayangkan semangkuk ais kepal berharga RM80,000!

Tetapi harga itulah yang dibeli pada Karnival Amal Hari Penyayang 2014 Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), semalam.

Rekod pembelian ais kepal termahal dipegang Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng sejak lima tahun berturut-turut.

Menurut beliau, sejak tahun 2010 jualan ais kepal di karnival amal itu menarik perhatiannya untuk dibeli sebagai salah satu inisiatif yang disediakan pihak penganjur kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bagi tabung YSB.

“Ini adalah satu tanggungjawab kita mengikut kemampuan untuk memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan khususnya bagi rakyat negeri Kedah yang memerlukan.

“Pertama kali pada tahun 2010 saya sumbang RM10,000 dengan membeli ais kepal ini, kemudian pada tahun 2011 hingga 2013, saya beli dengan harga RM50,000. Pada tahun ini saya tingkatkan jumlah sumbangan kepada RM80,000,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pembelian oleh Dr Fng itu juga mengatasi harga pembelian lain dan menjadikan jumlah jualan ais kepal bagi dana tabung YSB berjumlah RM102,500 untuk tempoh sehingga tengah hari semalam.

Ahli perniagaan itu turut membida dua daripada 20 barangan dilelong bagi mengumpul dana tabung YSB.

Barangan itu berupa sebuah lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah mengenakan satu persalinan baju Melayu dibida pada harga RM60,000.

Satu lagi bidaan adalah lukisan bertajuk 'Horses of Succes' pada nilai RM30,000.

Dr Fng berkata, pembelian ais kepal dan bidaan dua lukisan yang dibuat itu adalah untuk membantu usaha YSB dalam memberi perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Nilai sebenar ais kepal tak penting, apa yang penting tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib,” katanya.

Jumlah keseluruhan dana terkumpul dari bidaan 20 barangan ditawarkan berjumlah RM750,000 tidak termasuk pembelian ais kepal.