Pages

Friday, 7 March 2014

Vietnam media: Navy confirms flight MH370 crashed into the sea

A Malaysia Airlines Boeing 737 aircraft (left) taxis on the tarmac of the Kuala Lumpur International Airport in …

UPDATE [12:37]: Tuoi Tre, a leading daily in Vietnam, reports that the Vietnamese Navy has confirmed the plane crashed into the ocean.  According to Navy Admiral Ngo Van Phat, Commander of the Region 5, military radar recorded that the plane crashed into the sea at a location 153 miles South of Phu Quoc island.

UPDATE [12:01]: Altogether, 239 passengers & crew, from 14 different nationalities, including two infants. Passengers were from:
1.    China ��� 152 plus 1 infant
2.    Malaysia - 38
3.    Indonesia - 12
4.    Australia - 7
5.    France - 3
6.    United States of America ��� 3 pax plus 1 infant
7.    New Zealand - 2
8.    Ukraine - 2
9.    Canada - 2
10.  Russia - 1
11.  Italy - 1
12.  Taiwan - 1
13.  Netherlands - 1
14.  Austria - 1

The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365 hours.

He joined Malaysia Airlines in 1981. First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.

UPDATE [11:32am]: VN Express, Vietnam's largest news site, reports that Vietnam Emergency Rescue Center just announced it has found signal of the missing plane at 9.50am 120 miles South West of Ca Mau cape, the Southern-most point of Vietnam.

The signal is believed to be the ELT (Emergency Locator Transmittor) , which can be activated manually by the flight crew or automatically upon impact.
Earlier this morning, MAS confirmed that flight MH370 had lost contact with the Subang Air Traffic Control at 2.40am today (March 8th, 2014)
Flight MH370, operated on the B777-200 aircraft, departed Kuala Lumpur at 12.41am and was expected to land in Beijing at 6.30am the same day. The flight was carrying a total number of 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members.
Malaysia Airlines is currently working with the authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.
Speaking on CNN's AC360, MAS Operations Control Vice President Fuad Sharuji said they 'have no idea where the aircraft is right now'.
ALSO READ:
Malaysia Airlines hunts for missing plane carrying 239
#PrayForMH370: Concern over MAS flight floods cyberspace
"We tried to call this aircraft through various means," he was quoted as saying. Sharuji told CNN that the aircraft was carrying 7.5 hours of fuel at the time of its disappearance (2.40am).
CNN also spoke to retired American Airlines Capt. Jim Tilmon who said the route taken by the aircraft had plenty of antennae, radar and radios for contact and that the plane was 'as sophisticated as any commercial airplane could possibly be with an excellent safety record'.
Malaysia's interim Transport Minister Hishammuddin Hussein tweeted urging family members of all those onboard the flight to remain calm.
"Im mkg my way 2 Flight Mgmt Buildg (FMB) fr JandaBaik 2get latest updates & details fr agencies involved. At the mean time, dont speculate," he tweeted.


Editors's note: The public may contact +603 7884 1234.  Next-of-kin may head to Level 5, KLIA. For directions, call 03 8787 1269. 

Monday, 3 March 2014

Gambar Kemalangan Pertama Di Jambatan Pulau Pinang Kedua

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. “Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.


Budak Darjah Enam Dicekup Dalam Bilik Di Segamat

Budak Darjah Enam Dicekup Dalam Bilik Di Segamat | Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.
Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. “Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.
Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya. Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.
“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel. “Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis.

6 Gambar Ngeri Polis Trafik Dilanggar Grand Livina di Pontian

 6 Gambar Ngeri Polis Trafik Dilanggar Grand Livina di Pontian | Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalamkemalangan di kilometer 13 Jalan Pontian-Kukup, di sini, semalam.
 Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, anggota terbabit, Konstabel Mohd Sazatul Nazril Salim, 23, dalam tugasan mengiringi Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar dalam perjalanan pulang dari Pulau Kukup selepas merasmikan Hari Sambutan Tanah Lembap Sedunia. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian.
“Sebuah kenderaan jenis MPV Grand Livina yang datang dari arah bertentangan cuba memotong di garisan berkembar bertembung dengan anggota polis trafik terbabit. “Difahamkan, anggota polis trafik terbabit sudah membunyikan siren mengarahkan semua kenderaan memberi laluan dan bergerak ke tepi,” katanya.
Katanya, sebaik menyedari kejadian itu, Tunku Jalil turut membantu mangsa dan mengiringi ke Hospital Pontian. “Anggota terbabit dilaporkan patah paha kanan selain cedera di bahagian siku kanan. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.
 “Polis telah menahan pemandu MPV yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 keramemandu secara merbahaya. “Keluarga anggota terbabit yang kini berada di Terengganu sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut,” katanya. – Sinar Harian | Kredit gambar: Sinar Harian & Daily Traffic Report




Kanak-kanak maut keracunan makanan

KUALA TERENGGANU 3 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada ayam goreng yang dibeli bapanya di sebuah pasar malam di sini, kelmarin.
Mangsa, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme dari Taman Desa Salam, Bukit Payung, Marang yang mengalami cirit-birit dan muntah sejak semalam meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang ini ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Turut mengalami simptom berkenaan ialah bapa mangsa, Mohd. Ilme Mat Adam, 31, yang bertugas sebagai anggota Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin kerana turut memakan ayam goreng tersebut.
"Ketika kami ke pasar malam di sini, saya dan isteri, Siti Zuraiana Mohd. Yusof, 28, membeli nasi goreng, ayam goreng dan kaki ayam goreng serta minuman air keladi.
"Disebabkan hanya saya dan Iqbal yang memakan ayam goreng, kami mengalami cirit-birit dan muntah. Oleh itu, saya percaya ia berpunca daripada ayam goreng tersebut," ujarnya ketika ditemui di HSNZ di sini hari ini.
Menurutnya, doktor di Klinik Kesihatan Bukit Payung turut mengesahkan mereka berdua keracunan makanan.
"Namun keadaan anak saya terus merosot dan lesu ketika diambil dari rumah pengasuh," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga terbabit sekiranya siasatan mendapati perkara itu berpunca daripada ayam goreng tersebut agar menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga lain.
"Laporan polis telah dibuat dan kami menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Masyarakat dan Wanita negeri, Muhamad Pehimi Yusof ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian mangsa dan menyiasat kes itu.
Katanya, setakat ini, seramai 30 individu keracunan makanan dan dirawat di HSNZ dipercayai akibat membeli makanan di sekitar Kuala Terengganu namun tidak menjelaskan sama ada daripada satu atau ramai peniaga.
"Kita menunggu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu dan sekiranya berpunca daripada makanan yang dibeli di pasar malam tersebut, peniaga terbabit akan dikenakan tindakan," katanya.


Treler terbakar, jalan sesak 10km

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah treler yang membawa muatan getah di Kilometer 284.9 Lebuh Raya Utara Selatan di Seremban, semalam. - UTUSAN/ ABD. RAZAK AID
SEREMBAN 3 Mac - Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer apabila sebuah treler yang sarat membawa muatan getah, terbakar di Kilometer 284.9, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 10 pagi, sebelum susur masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) itu berlaku ketika treler berkenaan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor menuju ke Klang, Selangor.
Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, sebanyak enam buah jentera bersama 40 orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Nilai dan Bangi, Selangor dikejarkan ke lokasi berkenaan.
Katanya, turut membantu, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).
"Bomba sukar tiba di lokasi kerana terperangkap dengan kesesakan, ekoran sikap pengguna yang memandu di lorong kecemasan," katanya ketika ditemui di sini.
Pemandu treler berkenaan, Shahril Shukor, 24, berkata, dia memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan kerana salah satu tayarnya meletup.
"Tidak lama selepas itu, ada orang awam yang memaklumkan belakang lori saya terbakar. Saya dan kelindan lalu bergegas memisahkan kepala treler sebelum api marak membakar muatan getah," katanya.