Pages

Monday, 27 January 2014

5 Gambar Wajah Ibu Emma Maembong


Emma Maembong, seperti yang diketahui ramai telah mengenakan tudung semakin comel.Gadis Melayu kalau pakai tudung, memang nampak cantik.Kali ini, kami nak kongsikan 5 gambar wajah ibu Emma Maembong ketika muda yang dikatakan seiras dengan wajahnya.Rasanya, masih ramai yang tidak mengenali wajah ibu Emma Maembong.Apa kata anda lihat pada gambar-gambar di bawah.


                     
                      Gambar Ibu Emma Maembong



                                                Gambar Perkahwinan Ibu & Bapa Emma Maembong


                                               Wajah Ibu Emma Maembong Semasa Muda
Wajah Ibu & Family Emma Maembong Terkini
                    P.S. Memang cantik.Tak kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 

Wang Bonus Diletakkan Dalam Guni

Para pekerja di sebuah firma pembangunan hartanah di sini gembira apabila mereka menerima bonus dalam bentuk wang tunai yang diletakkan di dalam guni, lapor akhbar MailOnline kelmarin.


Salah seorang pekerja itu memperoleh bonus sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) dalam bentuk wang tunai.
Penyerahan bonus itu diadakan pada satu majlis di sini baru-baru ini.
Apa yang menarik, penerima bonus itu akan menari sambil naik ke pentas apabila namanya dipanggil untuk menerima bayaran bonus.
Syarikat pelaburan hartanah itu telah memperuntukkan sebanyak £1.1 juta (RM6 juta) dan membayar bonus kepada para kakitangannya.


Bertukar Gambar Bogel Di Telefon

Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.
Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.
Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita, termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.
“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka. Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya.
Menurut Mia, dia bukan pengamal seks songsang tetapi bertindak sedemikian sekadar suka-suka dengan menggunakan gambar profil yang diambil daripada internet dan mengaku lesbian.

Landak Jatuh Atas Kepala

Seorang wanita Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital selepas
 kepalanya dicucuk lebih 270 duri landak.
Sandra Nabucco, 52, dari Rio de Janeiro berkata, landak itu jatuh di atas kepalanya dari tiang elektrik ketika beliau sedang berjalan sekitar bandar itu.
“Apabila saya menyentuh kepala akibat terlalu sakit, saya dapati banyak duri landak di tangan,” katanya dipetik DailyMail.
Sejurus kejadian itu, dia meminta bantuan dari jiran untuk menghantarnya ke hospital.
“Saya diberikan antibiotik dan doktor bedah mengeluarkan lebih 200 duri dari kepala. Ia amat menyakitkan,” katanya.
Beliau berkata, kehadiran landak itu menjadi tanda tanya kerana kawasan dilaluinya bukanlah berhampiran hutan.


Saturday, 25 January 2014

Guna Najis Lembu Tampal Dinding Rumah

Seorang penduduk menggunakan najis lembu untuk membina dinding rumahnya di kampung Subalpur, 240 kilometer dari sini semalam.
Penggunaan najis lembu untuk menampal dinding rumah itu sudah menjadi tradisi dalam kalangan penduduk luar bandar di India.
Menurut satu kajian saintifik, najis lembu itu boleh menyejukkan ruang di dalam rumah berkenaan.
Najis itu juga boleh membunuh bakteria yang mampu menjejaskan kesihatan manusia.



Denda RM3,500 Tunjuk Kemaluan

Perbuatan aib seorang operator pengeluaran dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan membawa padah apabila didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman itu diputuskan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap P Annadorai, 33, yang tenang sebelum mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.
Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan lapan bulan.
Mengikut pertuduhan, Annadorai yang bekerja di sebuah kilang sawit didakwa menunjukkan kemaluan dengan maksud mengaibkan kehormatan pelajar perempuan itu di bangunan rumah kedai berhampiran kolej kediaman mangsa di Bandar Baru Nilai, kira-kira jam 11 pagi, 27 Oktober tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.
Mohamad Izwan Mohamed Noh ketika menjatuhkan hukuman, berkata beliau menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan sebelum membuat keputusan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin.
Mengikut fakta kes, ketika mangsa membuat kertas kerja, dia diberitahu rakan serumah ada seorang lelaki tidak dikenali berada di belakang bangunan kediamannya.
Mangsa kemudian melihat dan mendapati lelaki itu menurunkan separuh seluarnya dan menunjukkan kemaluannya ke arah kediaman mangsamenyebabkan mangsa merakam gambar lelaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

Friday, 24 January 2014

BR1M 3.0 MULA DIBAYAR PADA BULAN HADAPAN

Kuala Lumpur: “BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) 3.0 akan dilaksanakan dua minggu lagi pada pertengahan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang,” kata Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Perdana Menteri berkata, 7.9 juta rakyat layak menerima bantuan yang akan meringankan beban mereka khususnya kesan kenaikan harga barangan masa kini.
Permohonan BR1M 3.0 bakal memanfaatkan rakyat yang layak termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dibuka pada 23 Disember lalu sebelum ditutup Jumaat ini.
Semasa membentangkan Bajet 2014 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan nilai dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Buat pertama kalinya, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
Kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion bagi melaksanakan bantuan berkenaan.
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan sedar rakyat berdepan dengan masalah kesan kenaikan harga dan inflasi kebelakangan ini.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai langkah dan program termasuk yang sedang dan akan dilaksanakan.
“Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan dalam usaha mengurangkan beban rakyat,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut mengambil berat masalah rantaian bekalan yang wujud apabila ada pemborong menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar harga.
“Kesan musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga juga diambil kira, namun dengan langkah yang diambil kerajaan akan bendung perkara ini,” katanya.
Pada masa sama, Najib berkata, MT memberikan sokongan padu kepada semua dasar kerajaan dan langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan dalam keadaan ekonomi negara masih teguh.
“Pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara,” katanya.

Wanita Di Rogool 13 Lelaki Atas Arahan Ketua Kampung

Seorang gadis berusia 20 tahun di sebelah timur India, diperkosa oleh 13 lelaki atas perintah pengadilan kampung. Dia dijatuhi hukuman keji itu lantaran menjalin hubungan dengan seorang lelaki dari komuniti berbeza.

Polis India mengatakan gadis itu kini dirawat di sebuah hospital. Dia mengaku diserang oleh sekumpulan lelaki pada malam Isnin lalu di wilayah Birbhum di Bengal Barat seperti yang dilaporkan oleh laman web Business Insider, Kamis (23/​​1).

Polis menyatakan lelaki teman gadis itu diikat di sebuah padang di desa itu ketika 13 lelaki itu memperkosanya di sebuah pondok.

"Kami telah menangkap 13 lelaki, termasuk seorang ketua kampung yang memerintahkan pemerkosaan itu," kata polis wilayah Birbhum C Sudhakar kepada Yayasan Thomson Reuters.

Wilayah sebelah barat Bengal tercatat sebagai kawasan paling tinggi kadar jenayah berkaitan jenis jantina. Pada 2012 terjadi 30.942 kes jenayah, atau kira-kira 12 peratus daripada jenayah terhadap perempuan di India. Kejahatan itu termasuk rogol, penculikan, penderaan seksual, dan penganiayaan. 




Aksi Lelaki Jadikan Teman Wanitanya Tebusan Sambil Berbogel

Seorang pekerja pembinaan di China, menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan di atas bumbung  selepas ibu bapanya dilaporkan enggan meluluskan perkahwinan mereka.

Beratus-ratus penonton dan polis bersenjata memerhatikan lelaki itu melucutkan seluar dan memerintahkan teman wanitanya untuk melakukan perkara yang sama supaya dia diaibkan di hadapan jiran-jiran mereka.

Lelaki itu, yang dikenal bernama Lin berusia 32 tahun. Beliau memegang teman wanitanya di tekak dan melambai pisau potong daging dan berbicara dengan perunding terlatih memujuknya turun dari bumbung kediaman.

Polis dan tentera yang mengepung sekeliling banggunan, dan lelaki separuh bogel yang dikatakan meminta kereta untuk dirinya sendiri dan teman wanitanya. Akhirnya lelaki dan teman wanitanya yang menjadi tebusannya turun dari bumbung.

Tetapi dalam perjalanan ke arah kereta, pegawai polis berjaya menarik dia dari teman wanitanya dan menjatuhkannya ke tanah. Beliau digari di hadapan beratus-ratus penonton yang terpegun.

Dan menurut laporan, walaupun ibu bapa sendiri telah meluluskan perkahwinan semasa di tempat kejadian. Lelaki itu kini menghadapi hukuman penjara yang panjang.











Gambar Keadaan Tempat Tidur Pramugari Dalam Kapal Terbang

Pesawat BOING 747-400, Menarik tapi cukup sederhana.

KLM Royal Dutch Airlines, Yang ini Belanda Punya...gempak

AIRBUS A340, Terkenal sebagai pesawat bersaiz besar di Eropah, tapi saiznya kecil sangat ye ... 

          BOEING 777, Biasa je, serupa dengan bilik-bilik di asrama mahasiswa je.

SINGAPORE AIRLINE, Dari bentuknya teringat tempat tidur doraemon,huhu

 AIR CANADA, lebih kurang  sama yang di atas.

yang ni tak dapat di pastikan  pesawat mana..tapi kesian dengan pramugarinya,sampai tenganga mulutnya 

Biar Betul! Lelaki Tertua Di Dunia Amal Makan Cicak Hidup Lama (Pelik!)

Biar Betul! Lelaki Tertua Di Dunia Amal Makan Cicak Hidup Lama (Pelik!) | Makan cicak boleh hidup panjang? Satu fakta yang boleh disangkal kerana tiada sebarang kajian membuktikannya. Namun tidak kepada lelaki ini yang berpendapat amalan memakan cicak boleh memanjangkan usia seseorang itu. Buktinya, lelaki ini telah diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia dan mengamalkan memakan cicak hampir setiap hari. Peliknya! Jom layan gambar di bawah ini


Bolivia –Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.
Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca.
Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.


Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun.
Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit.
The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.
Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.



Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan (Video)

Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan (Video) | Siapa yang tidak terkejut jika kita sedang melalui kawasan perkuburan tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari dalam kubur. Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil apabila terdengar bunyi bising dari sebuah kubur di kawasan berkenaan. Kemudian dia ternampak tangan ‘mayat’ berkenaan melambai-lambai ke arahnya. Sejurus selepas itu, niat untuk melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terbantut apabila mengalami ketakutan yang amat sangat. Wanita itu juga bergegas membuat laporan polis setelah melihat kejadian tersebut. Anda boleh tonton video di atas ini.


BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.
Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.
“Saya amat takut kerana menyangka melihat hantu yang cuba keluar dari dalam kubur dan melambai serta menggerakkan tangannya untuk membolehkan dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan namanya didedahkan.
Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.
Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.
Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.
“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.
Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia kemudiannya meminta penjaga kubur supaya memberitahu polis bahawa laporan yang dibuatnya itu adalah betul.
Susulan itu, pasukan menyelamat digegaskan ke situ dan mereka menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian besar badannya sudah tertanam dalam tanah.
Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.
Polis percaya lelaki itu mangsa dalam satu pergaduhan sebelum penyerangnya mencampakkannya dalam lubang kubur yang kosong kerana menyangka dia sudah mati.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan.


Thursday, 23 January 2014

Suhu Sejuk Landa Negara, Adakah Salji Bakal Turun?


MELIHAT carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini membuatkan penulis tertanya-tanya adakah negara kita sedang mengalami musim sejuk dan bakal dilanda salji?
Mungkin agak aneh, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun mengalaminya.
Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan.
Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius.
Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur.
Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.
Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak pernah atau sudah lama tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum.
Ia menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.
Jadi, bagi mereka yang menyimpan impian untuk bermain salji di negara ini, anda mungkin boleh melupakannya.
Tetapi, apa sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya. Betul tak?

CUCI MATA DALAM KERETAPI

Kalau perbuatan ini dilakukan di Malaysia... pastinya ramai yang terbeliak mata dan ada juga lelaki yang pengsan! Dan yang paling pasti, wanita ini tentunya akan masuk lokap sebab berkelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai.

Namun aksi ini bukan di dalam LRT atau monorel di sini, tetapi di dalam kereta api subway, di Shanghai, China. Malah perbuatannya itu dilihat seperti sudah biasa di sana disebabkan kesibukan rakyatnya yang harus membanting tulang bekerja hingga tiada masa menukar baju di rumah.

Bagaimanapun, yang tak sedapnya ialah apabila gambar-gambar separuh lucah itu disebarkan ke internet dan menjadi perbualan hangat lelaki hidung belang.

Klik untuk imej besar...