Pages

Friday, 13 July 2012

GADIS MELAYU PENARI GELEK DIBAYAR RM500 UNTUK 15 MINIT


KUALA LUMPUR: “Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.
LIGAT...Putri mempersembahkan tariannya.



Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.sumber

Thursday, 12 July 2012

HUJAN LEBAT TIDAK MENJADI PENGHALANG POLIS CANTIK INI MERNJALANKAN TUGASNYA

Look at this pretty traffic cop. Nothing can stop her even a heavy rain. Now this is the call of duty.







Wednesday, 11 July 2012

Mail Lambung Youtube Full Movie




Pertemuan Mael dan Maria membawa mereka ke perkampungan di Terengganu dan tanpa disedari merupakan kampung asal Mael Lambong. Masa nie lah konflik berlaku apabila Mael Lambong bertemu Taiger ( Taiyuddin Bakar ) yang pernah satu ketika dulu tidak merestui perhubungan Mael Lambong dan Rozie ( Shenty Feliziana ).

Kalau korang nak tahu kenapa wajah Mael Lambong berparut ? Kenapa Mael Lambong tinggalkan Kampung nya? Dan siapa pilihan Mael Lambong, korang kena lah terjah panggung atau download dekat jiwang.org

Sinopsis: Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?


Mael Lambong Full Movie Di Bawah: 


Tuesday, 10 July 2012

VIDEO: IKLAN ANTI MEROKOK THAILAND DI YUOTUBE DISEBUT SEBAGAI YANG TERBAIK DIDUNIA |


Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.




Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.

Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.

Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.

Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.

Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘

Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar

'AWEK' SELAMBA PAKAI BRA TRANSPARENT SEMASA BERJALAN!





Bukan awek ini.Dia ini Rose Chan artis Hong Kong
tapi awek dibawah ni memang selamba je dia pakai
bra transparent semasa berjalan
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Hahahahahaha.....

Sunday, 8 July 2012

FENOMENA BESARKAN PUNGGUNG MEMBAWA MAUT!


Fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.
Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.


Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.

Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper.

Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.

Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.sumber

500 PELARI SERTAI LARIAN SELUAR DALAM (GAMBAR)


NEW YORK, Amerika Syarikat - Sekitar 500 lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam larian seluar dalam di sini baru-baru ini.




Larian berkenaan yang berlangsung Jumaat lalu, merupakan acara pemanas badan menjelang kejohanan Aquaphor New York City Triathlon pada keesokan harinya.

Pada acara musim panas tersebut, para peserta akan berlari di sepanjang laluan sejauh 2.7 kilometer di taman awam Central Park di sini.sumber

SUAMI TERAJANG ISTERI KERANA BANYAK HUTANG


KOTA BHARU – Seorang peniaga yang mendakwa tertekan dibelenggu hutang keliling pinggang, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang belakang badan isterinya di rumah mereka di Batu Melintang, Jeli, April lalu.


Tertuduh Hamid Hamad (gambar), 44, mengaku bersalah melakukan perbuatan mencederakan isterinya itu ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik.

Mengikut pertuduhan, Hamid didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rohana Mohd. Zin, 40, dengan menendang bahagian belakang badan mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di Lata Janggut, Batu Melintang antara pukul 7.30 malam hingga 10 malam, 8 April lalu.

Dia yang merupakan seorang peniaga didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Adilla Othman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.sumber

Friday, 6 July 2012

PENYANYI K-POP,LEE HYORI BERBOGEL LAGI


Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.

Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.


Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan.

Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.

Sesi fotografi berkenaan dilaksanakan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.

Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.

Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.

Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.

Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi!sumber

SERONOK SAMPAI PUAS | JADI CIKARO KERANA IBU |


“Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram,” kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.
FIZA...dipukul ibu bila kalah judi


Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering mendampingi Mat Rempit, hidupnya sangat gembira berbanding dikongkong ibu dan bapa.

“Ibu kalau tidak berjudi, dia mabuk. Bapa tiri pun sama, tetapi dia langsung tidak pedulikan saya, cuma ibu kerap memukul saya disebabkan perkara kecil seperti rumah tidak berkemas.

“Disebabkan tidak tahan dilayan sebegitu, saya mula mengikut kumpulan Mat Rempit ketika berada di tingkatan dua dan setahun selepas itu, saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng, tetapi itu bukan halangan untuk saya berseronok dengan kawan-kawan,” katanya yang ditemui di ibu kota, malam kelmarin.sumber